Doa memulakan ulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ
الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ
لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ
عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon
daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat
terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah
dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu.
Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau
kehendaki.” -
Doa selepas mengulangkajiاَللَّهُمَّ إِنِّي
أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ
إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham
dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku
memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala
sesuatu.”
Doa Pada Hari Peperiksaan: berdoalah dengan doa-doa
berikut pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan
berlangsung…mudah-mudahan mendapat hikmah daripada Allah Taala :
1.
Ketika memasuki dewan peperiksaan:وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ
صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ
سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku!
Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta
keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia;
dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan
yang menolongku.”
2. Ketika menerima kertas soalan
:قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah
bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka
faham perkataanku.”
3. Ketika sukar menjawab:ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”
4. Atau:اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.
Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang
engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan
dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”
5.
Jika anda terlupa jawapan:اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ
رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang
tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang
daripadaku
Mudah-mudahan Allah akan memakbulkan doa yang lahir dari
hati yang ikhlas dan suci murni. Sesungguhnya yang baik itu datang dari
Allah dan yang buruk itu datang dari hambanya.
ADS
My Blog List
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
1) Doa dari para Malaikat. 2) Doa dari para Nabi dan Rasul. 3) Doa dari raja, pemerintah atau pemimpin yang adil. 4) Doa dari orang ...
-
Kata Kata Cinta - Kata kata cinta memag terdengar begitu indah, apalagi jika kita menyampaikannya dalam suasana yang sangat romantis, hm...
-
Walhal pada hakikatnya kita hanya mahu menjadi insan yang bertaqwa tanpa sifat takbur, riak, sombong, kedekut, kikir, hasad dan lain l...
-
Di bawah ini kami senaraikan tafsir mimpi mengikut peristiwa yang dimimpikan. Senarai tafsir mimpi ini tidak semestinya betul dan tepat,...
-
Kerapkali pengalaman-pengalaman berharga di dalam hidup kita layak untuk dituliskan menjadi sebuah karya. Salah satunya adalah dengan menja...
No comments:
Post a Comment