ADS
My Blog List
Monday, 1 December 2014
taksir mimpi
Di bawah ini kami senaraikan tafsir mimpi mengikut peristiwa yang dimimpikan. Senarai tafsir mimpi ini tidak semestinya betul dan tepat, tidak juga boleh dipercayai 100% melainkan jika ia disebut dalam Al-Quran atau hadis nabi secara jelas.
Senarai tafsir mimpi ini sekadar rujukan dan panduan sahaja. Hakikat sebenar tentang maksud mimpi kita hanya Allah sahaja yang tahu. Kadang2 mimpi2 itu hanyalah mainan tidur. Kadang2 ia merupakan alamat atau tanda untuk kita mendapatkan sesuatu atau berlaku sesuatu perkara.
Berdoa dan berserahlah kepada Allah. Hanya kepada-Nya tempat kita percaya dan bergantung harap. Usah percaya kepada ramalan dan tafsir mimpi yang entahkan benar, entahkan tidak. Kerana ia boleh mendekatkan kita dalam keadaan syirik kepada Allah. Nauzubillah…
Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat.
Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat.
Bermimpi memasuki masjid haram atau melakukan tawaf di baitulallah alamatnya anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh.
Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia.
Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur’an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan.
Jika bermimpi membaca qur’an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda.
Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar.
Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa.
Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat.
Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat.
Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira.
Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar.
Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran.
Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan
Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang.
Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian.
Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan.
Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat.
Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan.
Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh.
Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar.
Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.
Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar.
Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya.
Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati.
Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup.
Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai.
Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita.
Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berdukacita Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa.
Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.
Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.
Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.
Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.
Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.
Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.
Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.
Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.
Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat.
Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati.
Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna.
Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu.
Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang.
Bermimpikan ayam sambung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik
Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu, segala kehendak akan diperolehnya dan dialah Wali Allah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat.
Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga.
Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
Jika di dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorang itu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan.
Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w.
Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan.
Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal.
Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna.
Jika bermimpi mencukur bulu ketiak menandakan anda akan terlepas dari harta yang ditanggung.
Jika bermimpi berjumpa dengan orang alim alamatnya anda akan menjadi penghulu besar.
Jika bermimpi memotong rambut menandakan anda akan bercerai dengan isteri.
Bermimpi membuang darah menandakan anda akan sembuh dari penyakit.
Jika bermimpi paras anda mempunyai perempuan alamatnya anda akan memperoleh harta atau anak.
Jika bermimpi diri anda mati menandakan anda akan panjang umur tetapi jika bermimpi mati hidup semula alamatnya kehendak anda akan diperoleh.
Sekiranya diri anda bermimpi dibawa ke kubur alamatnya anda akan beroleh kekayaan.
Jika bermimpi kanak-kanak datang kepada anda menandakan anda akan memperoleh harta yang banyak.
9 Jeneral Perang Terhebat Dalam Sejarah Islam..
Jom baca 9 Jeneral
Perang Terhebat sepanjang zaman dalam sejarah Islam yang dikongsikan
oleh FB Jom Dakwah Bersama Ulama.. Berharap pada zaman sekarang terdapat
juga Jeneral Perang Islam yang berjuang untuk umat Islam yang tertindas
seperti di Palestin..
![]() |
| Gambar Hiasan |
1. Khalid Bin Walid Khalid ibn al-Walid (584 - 642)
Khalid bin Walid,
adalah seorang panglima perang pada masa pemerintahan Khulafa
ArRasyidin yang termahsyur dan ditakuti di medan perang serta dijuluki
sebagai Saifullah Al-Maslul (pedang Allah yang terhunus). Dia adalah
salah satu dari panglima-panglima perang penting yang tidak
terkalahkan sepanjang kariernya.
2. Muhammad Al-Fatih ( Mehmed II )
Sultan Mehmed II
atau juga dikenal sebagai Muhammad Al-Fatih juga dikenal sebagai
el-Fatih, "Sang Penakluk". Kejayaannya dalam menaklukkan
Konstantinopel menyebabkan banyak kawan dan lawan kagum dengan
kepimpinannya serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan
mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Ia
merupakan anak didik Syekh Syamsuddin yang masih merupakan keturunan Abu
Bakar As-Siddiq.
3. Salahuddin Ayyubi ( Saladin ) Salahuddin Ayyubi atau Saladin atau Salah ad-Din (1138 - 4 Mac 1193)
Adalah seorang
jeneral dan pejuang muslim Kurdi dari Tikrit (daerah utara Iraq
sekarang). Ia mendirikan Dinasti Ayyubiyyah di Mesir, Syria, sebahagian
Yaman, Iraq, Mekah Hijaz dan Diyar Bakr. Salahuddin terkenal di dunia
Muslim dan Kristen karena kepemimpinan, kekuatan tentera, dan sifatnya
yang satria dan pengampun pada saat ia berperang melawan tentara salib.
Sultan Salahuddin Al Ayyubi juga adalah seorang ulama. Ia memberikan
catatan dan berbagai macam penjelasan dalam kitab hadits Abu Dawud
4. Abu Ubaidah bin al-Jarrah.
Abu Ubaidah bin
al-Jarrah adalah Muhajirin dari kaum Quraisy Mekah yang termasuk antara
yang paling awal memeluk agama Islam. Ia ikut berhijrah ke Habasyah
(saat ini Ethiopia) dan kemudian, beliau berhijrah ke Madinah. Ia
mengikuti setiap pertempuran dalam membela Islam. Setelah wafatnya Nabi
Muhammad saw, beliau merupakan salah satu calon Khalifah bersama dengan
Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Setelah terpilihnya Abu Bakar sebagai
Khalifah, beliau dilantik untuk menjadi panglima perang memimpin pasukan
Muslim untuk berperang melawan kerajaan Rom. Beliau meninggal
disebabkan oleh wabak penyakit.
5.Sa'ad bin Abi Waqqas.
Sa`ad bin Abī
Waqqās merupakan salah seorang yang awal masuk Islam dan salah satu
sahabat penting Muhammad. Kepahlawanan Sa'ad bin Abi Waqqas tertulis
saat memimpin pasukan Islam melawan tentara Persia di Qadissyah.
Peperangan ini merupakan salah satu peperangan terbesar umat Islam.
6. Tariq Bin Ziyad.
Tariq bin Ziyad,
dikenal dalam sejarah Sepanyol sebagai legenda dengan sebutan Taric el
Tuerto (Taric yang memiliki satu mata), adalah seorang jeneral dari
dinasti Umayyah yang memimpin penaklukan muslim atas wilayah Al-Andalus
(Spanyol, Portugal, Andorra, Gibraltar dan sekitarnya) pada tahun 711 M
7. Syurahbil bin Hasanah (583-639)
Adalah sahabat
Muhammad saw. Dia merupakan salah satu komander terbaik dalam pasukan
Rasyidin, bertugas di bawah Khalifah Rasyidin Abu Bakar dan Umar bin
Khattab. Dia merupakan salah satu komander lapangan utama selama
penaklukan Muslim di Syria, bertugas sejak tahun 634 hingga kematiannya
pada tahun 639 akibat wabak.
8. Abdullah bin Aamir.
Abdullah bin Aamir
adalah gabenor Busrha (647–656) dan merupakan jeneral tentera yang
sangat berjaya pada masa pemerintahan Khalifah Rasyidin Othman bin
Affan. Dia terkenal atas kehebatannya dalam pengurusan ketenteraan.
9. Amru Bin Ash.
Pada awalnya beliau
pernah mengambil bahagian dalam peperangan menentang Nabi Muhammad SAW
dan kaum Muslim namun masuk Islam bersama Khalid bin Walid. Enam bulan
setelah memeluk Islam, beliau bersama Rasulullah SAW menakluk Mekah
dalam peristiwa Fathul Mekkah. Ia adalah panglima perang yang bijak
dalam mengatur strategi perang.Beliau adalah panglima perang yang
menaklukan Baitul Maqdis dan Mesir dari cengkaman Romawi. Ia kemudian
dilantik sebagai gabenor Mesir oleh Umar bin Khattab, tetapi kemudian
dipecat oleh Khalifah Usman bin Affan. Selanjutnya Muawiyah bin Abu
Sufyan melantik kembali beliau menjadi gabenor Mesir. Panglima Amru
mengerahkan tentera agar menjujung Al Quran dihujung tombak, ia
menggunakan cara ini dalam pertempuran dengan Ali bin Abi Thalib agar
Ali bin Abi Thalib menghentikan serangan.
sumber: Jom Dakwah Bersama Ulama
Doa Yang Cepat Diperkenankan Oleh Allah :
1) Doa dari para Malaikat.
2) Doa dari para Nabi dan Rasul.
3) Doa dari raja, pemerintah atau pemimpin yang adil.
4) Doa dari orang yang soleh dan bertakwa.
5) Doa dari ke dua ibubapa ke atas anak-anaknya.
6) Doa dari anak yang soleh kepada ke dua ibubapanya.
7) Doa dari orang yang dizalimi.
8) Doa dari orang yang berpuasa.
9) Doa dari orang tua dan kanak-kanak.
10) Doa dari orang yang sakit dan berada dalam kesusahan.
11) Doa dari orang yang keluar bermusafir pada perkara yang diharuskan oleh syarak.
4) Doa dari orang yang soleh dan bertakwa.
5) Doa dari ke dua ibubapa ke atas anak-anaknya.
6) Doa dari anak yang soleh kepada ke dua ibubapanya.
7) Doa dari orang yang dizalimi.
8) Doa dari orang yang berpuasa.
9) Doa dari orang tua dan kanak-kanak.
10) Doa dari orang yang sakit dan berada dalam kesusahan.
11) Doa dari orang yang keluar bermusafir pada perkara yang diharuskan oleh syarak.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
1) Doa dari para Malaikat. 2) Doa dari para Nabi dan Rasul. 3) Doa dari raja, pemerintah atau pemimpin yang adil. 4) Doa dari orang ...
-
Kata Kata Cinta - Kata kata cinta memag terdengar begitu indah, apalagi jika kita menyampaikannya dalam suasana yang sangat romantis, hm...
-
Walhal pada hakikatnya kita hanya mahu menjadi insan yang bertaqwa tanpa sifat takbur, riak, sombong, kedekut, kikir, hasad dan lain l...
-
Di bawah ini kami senaraikan tafsir mimpi mengikut peristiwa yang dimimpikan. Senarai tafsir mimpi ini tidak semestinya betul dan tepat,...
-
Kerapkali pengalaman-pengalaman berharga di dalam hidup kita layak untuk dituliskan menjadi sebuah karya. Salah satunya adalah dengan menja...
